Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
SPM yang bakal diduduki oleh 385(kalau tak silaplah) calon dari SMU (A) Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu hanya tinggal 42 hari sahaja lagi, bermula esok.
42 hari sahaja lagi.
6 minggu sahaja lagi.
1 bulan, seminggu dan 5 hari sahaja lagi.
Tak lama.
Bermakna, kita bersama di 5SC2 juga tidak lama juga lagi, masa yang tinggal.
Jadi, nikmatilah semuanya seadanya.
Jangan nanti menyesal,
sebab peluang untuk berkumpul macam ni dalam satu kelas,
takkan mungkin datang selepas 42 hari itu.
Semoga Allah mengikat hati-hati kita, bukan sahaja dengan kalimah syahadah yang sama, tetapi juga rasa kasih dan sayang yang sama. Insya Allah.
Semoga SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi dipermudahkan segala-gala yang berkaitan dengannya. Insya Allah.
Mungkin ini yang terakhir kalinya Maryam Kamal dapat menulis di sini sebelum mematikan diri di alam maya untuk menghadapi peperiksaan.
Justeru, bagi wakil 5sc2 keseluruhannya, kami memohon maaf kepada semua yang membaca belog ini, sama ada yang mengenali kami atau tidak, rapat atau jauh, atas segala silap dan salah kami, yang mungkin kami lakukan dengan atau tanpa sedar, kalam atau perbuatan.
Doakan yang terbaik untuk kami.
Buat sahabat ber35 yang lain, Yam doakan kita semua dapat yang terbaik. Kelas terbaik lahhh korang! >.<
Mari teman2, menuju kejayaan yang diredhaiNYA, insya Allah!~
Takbir,
ALLAHUAKBAR!
Sekian, wassalam.
p/s : maaf ya, untuk sesiapa yang tak senang. Asyik Yam jah update, sebab kalu dop, tadop ore nak update lasum. harap maklum. >.<
Sekian, wassalam.
p/s : maaf ya, untuk sesiapa yang tak senang. Asyik Yam jah update, sebab kalu dop, tadop ore nak update lasum. harap maklum. >.<

No comments:
Post a Comment