Saturday, April 9, 2011

Girls, it was the day.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, huge thanks to The Almighty as He gave us the chance to gather altogether. *tersampuk angin KEX Scha, Tini and Ain :D *

Walaupun kehadiran tak sampai separuh, tapi tetap terasa kemeriahannya. Dan 5SC2 hanya senyap apabila diberikan getah dan straw. HAHA. Waktu lain, memang bising je sepanjang masa! :)

SayangS, tengs for coming. And for those who could not attend yourself yesterday, it's okay. Enjoy the photos from our FB accounts yar! :)

Er. Let's talk about yesterday and today, ok.

Jam 3.45 petang, Yam dan Fiq selamat sampai di Ishah Batik. Alhamdulillah, semoat cop bilik terrrsejuk :D
First come, first serve laaa, kan? ;)

Dalam jam 4 petang, sebuah Wira hitam menjalar masuk ke pekarangan Ishah Guest House. Im, Irna dan Mars. Datang dengan bonet yang penuh dengan ayam utk BBQ dan hadiah. Yeay!

Lepas tu, sorang demi sorang datang dan berkumpul. Petang tu, dalam 5 lebih, kami semua ke pantai. Jalan kaki about 500 meters, kot. Jauhhh, tapi sepanjang perjalanan tu sempat la kitorang borak, catch up apa yang terlepas. Kan? :) Ada hikmahnya jauh ni.

Jalan-jalan tepi pantai, menikmati panorama alam. Penat menempik dengan galoksnya, kami beredar dari pantai untuk mencari minuman untuk membasahkan tekak. Ramaiii amat yang order ice blended, hingga rasanya abe-abe ice blended tu panik kot nak siapkan lebih 10 cups ! Kaya sekejap those abangs :D

Lepas tu, berjalan balik, ditemani dengan sunset. Wawawawa.. so romantic. Then, mandi, solat maghrib, isyak, tazkirah sikit... kami semua turun ke halaman, membantu sahabat2 yang ma'zurah berBBQ. Dalam 9 lebih, Cikgu Suhaila datang sekeluarga. Yiiha!

Makan-makan, borak-borak, gelak-gelak, bakar-bakar, ambik-ambik gambar... Happy bangat siyh! :)



Lepas cikgu balik, mulalah kami bermaharajalela kembali! Ditemani Mak Cik Ishah yang mengawalselia keadaan, kami main two games. Ada nama sebenarnya. Game getah tu, Cicakgirls. Game sedut candy tu, Tsunami Kasih. Sebab main sedut hembus kan.. :D

Pukul 11 macam tu, Mak Cik Ishah dah bagi warning. Haha. Dengan arahan Fiq, kami pun masuklah ke dalam rumah. Bimbang Cik Ani rumah sebelah datang menyerang sebab terlalu bising! :D

Lepas baca Al-Mulk, bermulalah sesi luahan hati. Aiseh! Tak nak cakap banyak pasal ni. Ngeri sikit. By the way, credit sikit pada Fiq. Tengs for the lovely poem, Fiq ^,^

Pagi tadi, dalam lepas qiam sikit2 dan solat Subuh, kami bersiap nak ke pantai. Konon nak tengok sunrise, tapi kalau dah sampai pun pukul 7, tak ada maknanya nak tengok sunrise. Tengoklah matahari terpacak atas kepala tu! :D



Sampai pantai, alhamdulillah. Lengang, tak macam petang kelmarin. Then kitorang buat halaqah, baca Ma'thurat sama-sama. Kemudian berdiri dekat dengan pantai, alunkan Asma Ul Husna sama-sama. Syahdu siyh!

Lepas tu, kami serang air! Ombak pagi tadi, besar sikit berbanding ombak petang semalam. So, ramai yang tertangkap basah. Haha. Lepas tu makan sikit ayam BBQ semalam, nak kumpul tenaga untuk main games lagi.

Kemudian, mainlah Coki-coki Cinta, Belon Wonderpets, Cikcakgirls, Tsunami Kasih dan diakhiri dengan Injit-injit Semut yakni game pijak-belon-orang-tapi-selamatkan-belon-sendiri . Haha. Top 4 game ni bertuah sebab dapat beg kecik daripada raidah. Aiseh. Abis, AJK Permainan tak boleh ke? :D

10 lebih, balik ke guest house, mandi-mandi dan sarapan nasi lemak best di rumah Mak Cik Ishah yang bersebelahan dengan homestay kami. Berlaku satu kejadian yang tidak disangka, namun mujurlah pada saat akhir kami di sini. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan semua bergerak pulang.



Alhamdulillah, secara keseluruhannya, apa yang dirancangkan, menjadi dengan jayanya. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama kalian semua!

And seriously, dah mula terasa rindu pada korang semua! Next time, bila kita jumpa pulak ramai-ramai macam ni, I mean, reunion, mesti dah lain kan? Dah ada yang berjaya, dah berkerjaya, dah berkeluarga. Wawawawawa :)

Sayangs, love u girls!

Yuk, menggegarkan dunia!!!

Wallahu'alam. Wassalam.

p/s : Pitis hok terlebih terkurang tu, halal blako deh! Tapi Irna oyak, kalu duit kelas kena bayar. WAJIB. Sebab dikira hutang. Hutang WAJIB dibayar meski xdituntut >.<

p/p/s : Gambar2 lain yang banyak, tengok Fb Scha dan Im la kot. :)

Wednesday, November 17, 2010

Good luck girls!

Assalamualaikum wbt.

Girls.
Minggu depan da SPM.
So, good luck.

Buat semua guru yang mengajar kami,
tengs a lot!

Especially Cikgu Suhaila yang baaanyaak sangat tolong kami!
:)

Juga :

  • Teacher Aziah (BI)
  • Datin Hariza (AddMath)
  • Ustazah Hasnin (BAT)
  • Ustazah Noor Zila (PQS)
  • Ustazah Norizan (PSI)
  • Cikgu Nafisah (Physics)
  • Cikgu Rahiah (Chemistry)
  • Cikgu Lakima (Math)
  • Cikgu Kamsiah (Biology)
  • Cikgu Zaleha (Sejarah)
Terima kasih banyak2.
Maaf utk segala2nya.

5sc2,
Mungkin kita bukan kelas terbaik pada waktu2 yang lalu.
Tapi ayuh buktikan,
kita juga mampu jadi kelas terbaik!

Bukan jiran2 sahaja.

Sekian,
salam good luck.

Wassalam.

Jazakumullahukhairal jaza'.

Sunday, October 10, 2010

Mungkin yang terakhir kali...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

SPM yang bakal diduduki oleh 385(kalau tak silaplah) calon dari SMU (A) Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu hanya tinggal 42 hari sahaja lagi, bermula esok.

42 hari sahaja lagi.
6 minggu sahaja lagi.
1 bulan, seminggu dan 5 hari sahaja lagi.

Tak lama.

Bermakna, kita bersama di 5SC2 juga tidak lama juga lagi, masa yang tinggal.

Jadi, nikmatilah semuanya seadanya.
Jangan nanti menyesal,
sebab peluang untuk berkumpul macam ni dalam satu kelas,
takkan mungkin datang selepas 42 hari itu.

Semoga Allah mengikat hati-hati kita, bukan sahaja dengan kalimah syahadah yang sama, tetapi juga rasa kasih dan sayang yang sama. Insya Allah.
Semoga SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi dipermudahkan segala-gala yang berkaitan dengannya. Insya Allah.

Mungkin ini yang terakhir kalinya Maryam Kamal dapat menulis di sini sebelum mematikan diri di alam maya untuk menghadapi peperiksaan. 
Justeru, bagi wakil 5sc2 keseluruhannya, kami memohon maaf kepada semua yang membaca belog ini, sama ada yang mengenali kami atau tidak, rapat atau jauh, atas segala silap dan salah kami, yang mungkin kami lakukan dengan atau tanpa sedar, kalam atau perbuatan.


Doakan yang terbaik untuk kami.

Buat sahabat ber35 yang lain, Yam doakan kita semua dapat yang terbaik. Kelas terbaik lahhh korang! >.<


Mari teman2, menuju kejayaan yang diredhaiNYA, insya Allah!~

Takbir, 

ALLAHUAKBAR!

Sekian, wassalam.

p/s : maaf ya, untuk sesiapa yang tak senang. Asyik Yam jah update, sebab kalu dop, tadop ore nak update lasum. harap maklum. >.< 

Wednesday, September 8, 2010

Raya raya raya.

Assalamualaikum wbt.

Kami, warga 5SC2 2010 dengan setulus hatinya mengucapkan,


SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Girls, macam Scha cakap dekat FBnya, lepas ni, get back on our track. SPM!~

Sekian, wallahu'alam.
Wassalam.

Sunday, September 5, 2010

keFOYA-FOYAan penduduk 5SC2 pada hari Sabtu. :)

Assalamualaikum wbt.

Hari Sabtu.
Hari berfoya-foya. :)

Ini cerita sisi pandangan saya, Maryam Kamal.
Harap maklum. :)

Pagi Sabtu, ke Kota Bharu bersama abang. Kemudian, berjalan ke Parkson bertemu teman lama. Kami menapak ke Azam Photo. Jumpa salah seorang penduduk 5SC2, Nadia Amilin bersama Kak Wa. >.<

Kemudian, bertemu raidah terchenta, Syafiqoh di Pejabat Pos. Beliau nak beli setem, tapi Pejabat Pos tutup. Jadi, kami ke Muda Osman. Dalam perjalanan, saya berbincang tentang perkara yang harus dibincangkan bersama Syafiqah. :)

Ok. Setem habis. Sementara tu, jumpa sorang lagi penduduk 5SC2. Qanitah. Shopping kertas. (huh?! :D) Kemudian, jumpa Ain Farahanis, setiausaha tersayang. Dia mengadu bosan, kemudian ajak berjalan-jalan. Okey, harapan kawan tak baik dihampakan? Jom, kita ke Parkson. :D

Dalam Parkson, Ain nak cari hadiah untuk adiknya. Wah, so shweet! :)

Kemudian jumpa seorang lagi penduduk 5SC2, Zidni shopping jam untuk uminya. Ohh! 

Selepas sejam, kami menapak ke sekolah. Nasib baik bertiga, beranilah jugak nak lalu 'lorong maut' sebab gate tepi musolla di tutup pak guard baru. Ye lahhh.. orang lain lari dari sekolah, kami menggedik ke sekolah. :D

Di sekolah, di kelas 5SC2, jumpa pula dua orang penduduk 5SC2 yang lain. Huda, AJK Kebajikan yang dikasihi serta Farhana. Wah! I loike! :)

Sekian sahaja cerita berfoya-foya kami.
Esok pulak! 
:D

Sekian, wallahu'alam.
Wassalam.

Thursday, September 2, 2010

nak apa lagi?

Salam.

Saya memutuskan untuk berbahasa santai sahaja. xkesah kan?
Ohhhh!!!
penat!
tengokla blog ini.

SERABAI!

eishhh..
u ols nak apa lagi?
kalendar da ada, jam da ada, countdown da ada.. lagu kat mixpod problemo skit.. tolong kawan2.. tolonglaaa edit jugak!

plis3?

erm, any suggestion?
nak apa lagi eh?

ohh.
lupa!

nadia amilin atau syakirah..
sila ambik gambar kelas kita guna fon, pastu upload ke FB..
maryam kamal nak masukkan dalam blog!

:)

sekian sahaja! kawan-kawan, maaf doe! blog belum indah lagi! :)

wassalam~

Wah!

Assalamualaikum wbt!

Hi girls!
:)

Jum sama2 lepak kat cni lepas ni!
:)

To others,
blog ni mungkin useless bagi korang,
but unvalueable bagi kami.

Yeah,
5SC2 Menggegar Dunia!

:)

Wallahu'alam.
Wassalam.